Home » » 8 Tips Untuk Hadapi Kenaikan Harga Minyak

8 Tips Untuk Hadapi Kenaikan Harga Minyak

Minyak Naik Lagi 20 Sen

Aduyai sabar je lah baru rasa macam nak stabil sikit tahap ekonomi keluarga masing-masing tup tup dengar berita harga minyak RON 95 naik lagi 20 sen apa cerita ni? 

Ramai yang merungut mengenai minyak naik 20 sen dan nilai 20 sen tu sangat besar nilainya kerana kesan kenaikan harga minyak ni akan menyebabkan barang keperluan turut sama naik.


minyak naik lagi

8 Tips Untuk Hadapi Kenaikan Harga Minyak

1. Senaraikan barang keperluan 

Setiap bulan sebelum membeli belah, tulis dahulu senarai barang keperluan yang hendak dibeli. Beli barang ikut keperluan isi rumah dengan bijak jangan beli barang yang fikir perlu tapi sebenarnya tidak diperlukan pun.

2. Catatkan Maklumat Pendapatan dan Perbelanjaan

Setiap pendapatan dan perbelanjaan yang dikeluarkan perlu dicatat ini penting bagi mengetahui berapakah jumlah pendapatan masuk dan perbelanjaan keluar sebenar yang anda patut keluarkan dengan mengutamakan membeli barang keperluan dahulu. 

3. Jika Perlu Kurangkan Perbelanjaan

Lihat semula catatan maklumat perbelanjaan anda jika perlu kurangkan perbelanjaan seperti membeli rokok, makanan ringan, dan perkara lain yang menyebabkan anda terlebih belanja.


4. Tambahkan  dan Jana Pendapatan 
Dalam era teknologi di hujung jari ini. Daripada membuang masa kepada perkara yang tidak mendatangkan hasil seperti leka bermain facebook, games dan melepak di kedai kopi berjam-jam lamanya baik anda ambil peluang untuk mencari duit lebih bagi menjana pendapatan keluarga. Di internet ada menyediakan perniagaan yang boleh anda join tanpa modal dan modal yang minima seperti dropship, affiliate, ajen dan menjadi pengedar produk kesihatan yang laris. Anda hanya perlu rajin berkongsi untuk mendapat pendapatan harian yang lebih anda tentukan sendiri.

5. Mula Menabung

Mulakan menabung dari sekarang bila setiap kali dapat gaji dan pendapatan tambahan yang anda perolehi terus keluarkan sedikit bahagian untuk tabungan anda. Tabungan adalah sumber pendapatan anda untuk jangka masa panjang. Sediakan 2 tabung iaitu tabung pendapatan dan tabung ketika kecemasan.

6. Jadi Pelabur Bijak

Pilih pelaburan yang baik dan sah disisi undang-undang untuk mendapatkan sumber pendapatan pasif anda seperti sewaan rumah, pelaburan emas, saham dan lain-lain.

7. Menimba Ilmu

Sentiasa dari semasa ke semasa anda perlu menambah ilmu pengetahuan untuk lebih maju ke hadapan jangan malas dan kedekut untuk menimba ilmu. Ilmu yang anda kuasai boleh menjadi asbab untuk meningkatan ekonomi.

8. Bertindak

Tindakan yang pantas mendapat hasil yang pantas. Jangan bertangguh kerana sikap bertangguh menjadi punca rezeki lambat sampai. 


Moga 8 tips ni dapat membantu anda menghadapi kesan kenaikan harga minyak dengan hati yang sabar dan terbuka menerima ketentuan. Kita hanya boleh merancang untuk kehidupan yang lebih baik atas niat dan usaha kita moga Allah membantu memudahkan segala urusan. InsyaAllah.


0 ulasan:

POPULAR MINGGU INI

Google+ Followers