Thursday, October 2, 2014

3 Minuman Paling Sedap dan Terbaik Untuk Kesihatan Rakyat Malaysia

Apa Minuman Paling Sedap Yang Anda Suka?



Milo ais, neslo, teh tarik, teh ais, kopi o keras dan banyak lagi minuman yang sedap menjadi kegemaran anda semua terutama rakyat Malaysia..tapi kadang-kadang minuman tu biasa kita minum bila kita makan menjamu selera kat kedai luar je betul tak? Haha..bila makan di rumah air yang paling sedap korang minum ialah air kosong huhu kan.

Minuman sedap yang paling saya suka minum ialah kopi o ais sehari tak pekena memang tak lengkap hidup. Orang yang suka minum kopi o ni katanya nak hilangkan mengantuk dan suka sangat overnight terutama kaki bola.



minuman paling sedap dan terbaik

3 Minuman Paling Sedap & Laris Untuk Dicuba 

Saya suka nak kongsikan 3 minuman paling sedap dan terbaik untuk kesihatan anda iaitu Energizing Soy Protein, Performance dan Meal Shakes Shaklee. Paling best minuman ni boleh diminum pada bila-bila masa dan sesuai untuk semua peringkat umur. 


Kalau anda nak tahu ketiga-tiga minuman yang sedap ni paling laku habis bila time bulan puasa sebab ramai bila berpuasa perlukan tenaga yang lebih. Jadi penyelesaiannya Mighty 3 Germs Set adalah sangat membantu untuk memberi tenaga yang berpanjangan, tahan lapar, kurangkan kehausan dan yang paling penting sentiasa sihat dan dapat berpuasa penuh. Mighty 3 Germs Set ni adalah nama gabungan 3 minuman kesihatan paling sedap ni.


Jom saya cerita satu persatu tentang minuman yang sedap dan best ni..bermula dengan ESP Shaklee



Enerizing Soy Protein

ESP nama singkatan minuman yang paling sedap dan sangat bagus untuk kesihatan anda ni adalah Top Seller produk. Shaklee merupakan syarikat pertama yang mula-mula mencipta protein segera minuman berasaskan supplemen pada tahun 1961 kira-kira dah 53 tahun minuman ni berada di pasaran.

Ramuan minuman sedap ESP ni terhasil daripada "NON GMO" kacang soya iaitu kacang soya yang tidak diubah suai secara genetik dan diproses dengan suhu yang rendah. Satu botol ESP (850gm) terhasil daripada 30 kilogram kacang soya dapat memberikan sumber tenaga segera dan bertenaga sepanjang hari. 

ESP ini mengandungi 22 jenis asid amino dan menyediakan 9 asid amino yang penting dimana asid amino tersebut tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur dan 12 kali ganda susu.

ESP sangat sedap diminum dan sesuai untuk semua peringkat umur tua, muda dan kanak-kanak. Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah dalam ESP iaitu 39 menjadikan ia sangat bagus untuk penghidap kencing manis. ESP juga rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan mudah sangat diserap oleh tubuh manusia.

minuman paling sedap esp shaklee

Manfaat Utama ESP Minuman Sedap Best Seller

  • Awet Muda dan melambatkan penuaan : dengan membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit yang lebih sihat.
  • Baik untuk hormon wanita : ia kaya dengan Isoflavones untuk rendahkan kolesterol, cegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk prostat 
  • Keremajaan Kulit : dapat meransang pembentukan semula kulit, otot, kurangkan kedutan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot. ESP juga mempercepatkan sembuhan luka dan membantu mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal Tenaga : membekalkan tenaga dengan segera, menguatkan sistem imun, dapat mencegah insomia serta mengurangkan tekanan.
  • Membaiki Pigmentasi : membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan penuaan. ESP juga dapat membaiki masalah rambut beruban dan keguguran rambut.
  • Membaiki Memori : sangat membantu meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

Nak minum ESP ni mudah je bancuh 2 sudu besar dengan air sejuk atau air masak biasa (NO HOT WATER) kacau dalam gelas atau shakekan sahaja. Nak sedap lagi minum tambah satu sudu madu lebah dalam ESP memang lepas ni ESP jadi minuman paling sedap kegemaran anda. Kalau nak kurus pun boleh minum ni


Cerita pasal ESP tu nanti kita sambung lagi ye..sekarang saya nak cerita pula mengenai minuman paling sedap pilihan atlet sukan dan angkasawan ni iaitu Performance Shaklee.


performance minuman terbaik dan bertenaga


Performance minuman yang boleh diminum oleh sesiapa sahaja dari umur setahun ke atas. Minuman ni menjadi minuman pertama atlet sukan di Amerika Syarikat tu sebab atlet mereka banyak menang pingat sukan olimpik. Minuman Performance ini juga direka khusus untuk para angkasawan Nasa. Para atlet bertaraf Antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance sebagai pilihan utama mereka. Banyak rekod dunia telah tercipta dalam dunia sukan dan aktiviti pengembaraan dengan Performance.

Siapa yang ahli sukan tu dan mereka yang kurang bertenaga saya syorkan sangat ambil minuman sedap terbaik untuk kesihatan ni saya jamin anda puas hati bila dah minum nanti.

Performance membantu meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Nak dibandingkan dengan minuman sukan lain Performance lebih power. Rasanya yang sedap dan tidak bergas.

Manfaat Utama Performance Minuman Kesihatan Sedap Pilihan Juara

  • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan : beri tenaga untuk otot dengan cepat, gantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan dapat memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
  • Membekal Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal : Performance dapat mengimbangi dan bekalkan elektrolit dalam tubuh serta mengimbangi metabolisma air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride.
  • Mencegah Penyahhidratan : selain rasa yang sedap Performance dapat mengurangkan kehausan, cegah penyahhidratan, melembapkan kulit dan kelihatan lebih muda.
  • Mengekalkan Paras Gula : secara klinikal terbukti dalam memelihara paras gula rendah yang penting bagi tenaga otot dan dapat percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

InsyaAllah semua golongan sesuai minuman Performance 
  • Atlet sukan
  • Berpuasa
  • Sebelum dan selepas pembedahan
  • Sering tidur lewat malam
  • Cepat letih dan kurang tenaga
  • Cirit birit
  • Tiada selera makan
  • Paras gula rendah
  • Kepeningan dan sebagainya

Ok dah sampai kita cerita mengenai minuman ketiga paling sedap iaitu Meal Shakes.

Meal Shakes ni paling sesuai untuk kanak-kanak kerana ia menyediakan hidangan lengkap da mengandungi asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk tumbesaran anak kita.


meal shakes nutrisi untuk kanak-kanak


Meal Shakes dihasilkan untuk semua golongan dari bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran dan ramai lagi yang boleh minum minuman paling sedap Meal Shakes. Kalau anda tak sempat sarapan Meal Shakes adalah pilihan yang terbaik penuh berkhasiat dapat memberi tenaga dan kenyang sepanjang hari.

Biasa kita kalau kat tempat kerja lepas makan tengahari mesti mengantuk kan? Cuba minum Meal Shakes anda akan rasa segar semula dan bertenaga tau. Tak percaya kena cubalah.

Meal Shake minuman sedap berperasa vanilla ni boleh dicampurkan dengan minuman kegemaran anda yang lain. Bancuh dengan air sejuk jangan guna air panas hilang khasiatnya nanti.



Meal Shakes Bantu Anak Kita

  • Kurang selera makan
  • Selalu sakit dan mudah dapat penyakit ia dapat menguatkan sistem imun anak kita
  • Masalah kulit eczema
  • Obesiti
  • Tingkatkan IQ dan membuat anak lebih fokus dalam pelajaran
  • Memberi tenaga dan kekal aktif
  • Alternatif kepada anak yang tak suka makan sayur
  • Anak yang menghidap asma

Harga ESP RM 150 sebotol tahan 2 bulan
Harga Performance RM 82.50 tahan ikut berapa kerap anda suka minum
Harga Meal Shakes RM 113.75 

Alhamdulillah selesai sudah cerita saya mengenai minuman yang bukan sekadar sedap tapi terbaik untuk meningkatkan kesihatan anda sekeluarga.

Kita jumpa lain masa. Jika berminat nak order minuman ni sila hubungi saya seperti di bawah.

Pm / Whatsapp 012-9760024
Nor Hayati Ramli
amrjemi@gmail.com



No comments: