Home » » Tips Rawatan Alternatif Bagi Pesakit Denggi dan Ketahui Punca Demam Denggi Serta Kesannya

Tips Rawatan Alternatif Bagi Pesakit Denggi dan Ketahui Punca Demam Denggi Serta Kesannya

Kenali Punca Demam Denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat 4 jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4.

bahaya demam denggi


Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja. Jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh dijangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Untuk makluman anda lebih daripada 100 negara Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediteranean dan Pasifik Barat mengalami masalah demam denggi.

Tanda dan Gejala Demam Denggi

  • Muntah dan kurang selera makan.
  • Kebiasaanya demam akan terjadi pada hari ketiga hingga keempat belas selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaanya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Demam yang kuat dan mengejut, sakit kepala yang teruk, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot sendi.
  • Demam yang kuat suhu mencecah hingga 40 - 41 C dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia boleh menyebabkan serangan sawan terhadap kanak-kanak yang di bawah umur 6 tahun.
  • Ruam merah di kulit boleh terjadi kebiasaanya pada hari ketiga dan keempat selepas demam.

Rawatan Demam Denggi

  • Pesakit hendaklah segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Banyakkan rehat dan minum air masak secukupnya. Paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan daripada ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum iaitu sentiasa basahkan anggota badan untuk turunkan suhu.

Saranan Oleh Pakar Nutrisi Shaklee. Apa Yang Perlu Kita Buat Jika Diserang Denggi?




Di sini juga saya kongsikan kepada anda  4 Tips Alternatif Penjagaan Pesakit Demam Denggi

1)  Pastikan pesakit minum air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.


2)  Reneh sup ketam dan beri kepada pesakit untuk di makan dan pastikan pesakit menghirup sup ketam dalam kuantiti yang perlu.


3)  Jus daun betik sangat berkesan dan dikatakan amat mujarab untuk pesakit demam denggi. Cara membuat jus ini, ambil sedikit daun betik matang tumbuk sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu teh jus daun betik kepada pesakit. Selain itu boleh juga amalkan jus kiwi, jus pegaga, jus jambu merah dan jus kurma.


4)  Tembikai merah juga sangat disyorkan oleh pesakit denggi. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus untu diminum. Tugas utama pengambilan jus adalah untuk menggantikan cecair yang kurang di dalam tubuh dan untuk menyejukkan badan.


Anda boleh perhatikan di sini bahawa rawatan demam denggi memerlukan pengambilan air dalam kuantiti yang banyak. Ada juga yang menggalakkan minum minuman air isotonik tetapi adakah anda tahu bahawa minuman tersebut mengandungi kadar gula yang tinggi dan bergas.

Minuman istonik sesuai untuk yang bersukan kerana gula boleh bertukar kepada tenaga tetapi bagi pesakit demam denggi yang hanya berbaring dan tidak menggunakan tenaga bagaimana pula?


Bagaimana Suplemen Tambahan Shaklee Bantu Pesakit Demam Denggi Meningkatkan Kesihatan?

Pakar Nutrisi Shaklee, Pn. Sarah telah mencadangkan 4 jenis suplemen Shaklee yang boleh diambil oleh pesakit demam denggi bagi membantu meningkatkan semula kesihatan pesakit ke tahap yang lebih baik. Suplemen tersebut adalah :


1. PERFORMANCE DRINK


Performance Drink telah terbukti dengan ujian klinikal yang bertindak seperti minuman isotonik yang bebas karbonat  dan kurang gula.

Performance Drink Shaklee dapat membantu pesakit denggi  mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.

Pesakit denggi mengalami demam pada suhu yang sangat tinggi akan menyebabkan kehilangan cecair yang banyak di dalam badan. Dengan pengambilan Performance Drink ini setiap hari ia akan dapat membantu tubuh pesakit daripada kehilangan cecair.




2. NUTRIFERON


Penemuan terhebat dalam bidang immunologi hasil kajian Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954.

Nutriferon bertindak sebagai "immune booster" meningkatkan tahap imunisasi seawal 3 hari dalam tubuh bagi melawan penyakit. Pengambilan Nutriferon sangat disyorkan kepada pesakit denggi.

Nutriferon dipatenkan eksklusif untuk Shaklee ianya tidak dijual di kedai biasa hanya terdapat di Shaklee. Satu-satunye interferon semulajadi didunia, selamat dan berkesan.

Sekiranya anda selalu mengalami masalah seperti demam, sering selesema, alahan, asma dan lemah antibodi atau anda kerap out sation ke luar negara, pengambilan Nutriferon sangat disyorkan bagi meningkatkan imunisasi dan meningkatkan daya tahan melawan penyakit. 



3. VITAMIN C




Fungsi Vitamin C kepada pesakit demam denggi adalah untuk meningkatkan sistem imun dalam tubuh badan pesakit. Sekiranya badan kita mempunyai cukup keperluan Vitamin C setiap hari maka penghasilan sel darah merah dapat dipertingkatkan lagi.

Sel darah merah bertambah dan ia dapat membantu membunuh virus serta mengelakkan daripada terjadinya simptom yang lebih teruk iaitu denggi berdarah.  




4. ESP                                                                                                                                                          


ESP adalah minuman berprotein tinggi. Pesakit denggi sangat memerlukan protein yang dapat memberikan tenaga kepada tubuh pesakit. 

Semasa pesakit mengalami derita demam denggi terlalu banyak vitamin, mineral dan cecair yang hilang dari tubuh badan. Justeru pengambilan ESP dapat membantu pesakit menyimpan semula semua vitamin yang diambil untuk kesihatan tubuh. ESP berfungsi untuk memperbaiki sel dalam tubuh pesakit.

Apabila tubuh anda mempunyai sel yang sihat secara tidak langsung sel tersebut dapat menyerap dengan lebih baik vitamin yang diambil oleh anda.



Mencegah Denggi Lebih Baik Daripada Merawat! Langkah Pencegahan Denggi.

  • Elakkan gigitan nyamuk dengan menggunakan ubat nyamuk atau gunakan kelambu semasa tidur.
  • Elakkan melakukan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit pada waktu 5.30 pagi hingga 8.00 pagi dan 5.30 petang hingga 8.00 malam.
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di dalam dan di sekeliling rumah.

Sama-sama kita bertindak dan bekerjasama dalam memerangi denggi kerana penyakit denggi boleh membawa maut tidak mengenal usia.

Sekiranya anda berminat dengan suplemen Shaklee untuk pesakit denggi anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi terbaik.

Hubungi saya,

Daud Mohamad / Nor Hayati Ramli 
Call / Whatsapp 012 - 9760024
amrjemi@gmail.com

0 ulasan:

POPULAR MINGGU INI

Google+ Followers