Home » » Saya Dah Cuba Makan Set Kurus Shaklee, Tetapi Kenapa Tetap Tak Kurus?

Saya Dah Cuba Makan Set Kurus Shaklee, Tetapi Kenapa Tetap Tak Kurus?

Assalamualaikum dan salam bahagia..Terima kasih kerana berkunjung ke blog Cara Kurus Saya. Pilihan tepat untuk anda yang nak kuruskan badan melalui konsultasi Pengedar Shaklee yang berpengalaman.

kurus cepat dalam seminggu


Sejak kebelakangan ini ada yang bertanya dan customer mengadu kenapa tak kurus juga setelah makan Set Kurus Shaklee ni? Sebelum ni pun saya dah biasa dengar masalah sebgini tetap tak berjaya kurus walaupun dan mencuba pelbagai produk kurus termasuk Set Kurus Shaklee ni.

Alah bisa tegal biasa, bagi menjawab persoalan ni saya juga dah kerapkali mengingatkan anda supaya ikut panduan yang saya berikan dengan betul supaya anda boleh kurus dan kekal langsing seperti yang anda impikan.

Inilah dia 8 punca-punca menyebabkan matlamat untuk kurus anda tak menjadi :-

1. Amalan Sarapan Pagi Ditinggalkan

Kajian telah menunjukkan anda yang tak mengambil sarapan pagi kesannya kita akan berasa sangat lapar dan akan makan dengan kuantiti yang banyak bila waktu makan tengahari. Disamping itu kadar metabolisma juga akan menurun akibat daripada amalan sarapan pagi yang ditinggalkan. Nak kurus tak semestinya anda perlu berlapar.

2. Pemakanan Yang Tidak Seimbang

Faktor kedua yang menyumbang menyebabkan anda tak kurus-kurus juga ialah anda tidak mengamalkan makanan yang seimbang dan mengambil karbohidrat dan lemak yang terlalu tinggi bila makan. Jika karbohidrat tidak digunakan akan tersimpan sebagai lemak. Apabila lemak tersimpan maka peluang untuk kurus semakin tipis.

3. Makan Tak Ikut Jadual

Pastikan anda mengikut jadual makan yang tepat jangan terlalu sibuk bekerja sehingga terabai waktu makan anda. Bila dah lapar sangat-sangat anda akan makan terlalu banyak. Ikut jadual makan yang betul dan makanlah dengan kuantiti yang sedikit lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau betul nak kurus ikut ya..Tips sunnah makan buah-buahan dulu baru makan nasi sebabnya bila kita dah makan buah kita akan berasa kenyang jadi pengambilan nasi dan lauk dapat dikurangkan.

4. Kurang Bersenam

Bersenam sangat penting kerana ia mampu meningkatkan kadar metabolisma dan membakar kalori. Dengan melakukan senaman yang kerap akan membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat. Selain dapat kuruskan badan kesihatan anda juga bertambah lebih baik. Amalkan senanaman setiap hari sekurang-kurangnya luangkan masa 30 minit untuk bersenam.

5. Tidak Konsisten Makan Set Kurus Shaklee

Satu lagi masalah customer tidak konsisten bila makan vitamin ni asyik terlupa. Macammana nak kurus kalau tak ikut seperti yang disarankan. Makan vitamin ikut peraturan yang betul.

6. Tidak Tahu Kiraan Kalori Pemakanan

Anda perlu tahu jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Bagi orang dewasa lelaki jumlah kalori yang sesuai ialah 2000 hingga 2500 kalori. Manakala bagi perempuan pula mereka hanya memerlukan 1600 hingga 2000 kalori sahaja setiap hari.

7. Suka Minuman Manis Sebab Tak Suka Air Kosong

Jangan suka sangat minum minuman yang manis kerana air manis mempunyai nilai kalori yang tinggi tau. Amalkan minuman air kosong sekurangnya 8 gelas sehari.

8. Tidur Selepas Makan
Tabiat tidur selepas makan ini harus dielakkan maklumla kalau hari cuti tak bekerja lepas sarapan pagi je terus sambung tidur semula begitu juga keadaanya lepas makan tengahari pun tidur, kalau macam tulah gayanya macammana badan nak kurus jadi semakin montel ada la.

Cukup sampai di sini sahaja, kesimpulannya yang paling penting adalah diri anda harus berdisiplin untuk mencapai matlamat yang anda inginkan. Nak kurus kan? Jadi buatlah yang terbaik untuk diri anda sendiri.

Jika berminat nak kurus dapatkan di sini ---> Set Kurus Shaklee 

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee untuk penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Kos pos bagi Semenanjung RM10 dan Sabah / Sarawak adalah RM20 sahaja.

Sms / Whatsapp hantarkan ke 012-9760024
Nor Hayati Ramli
Id Shaklee : 869654 










0 ulasan:

POPULAR MINGGU INI

Google+ Followers