Monday, August 4, 2014

Bagaimana Cara Untuk Menurunkan Masalah Kolesterol Tinggi Secara Semulajadi?

Anda Nak Tahu Cara Turunkan Kolesterol Tinggi Secara Semulajadi Dengan Phytocol-ST Shaklee


turunkan kolesterol tinggi

Assalamualaikum dan salam bahagia kepada pembaca blog yang di kasihi. Hari ini saya nak kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk mengatasi masalah kolesterol tinggi yang kebanyakkannya orang Malaysia mempunyai masalah tersebut.

Untuk maklumat anda lebih 6 Juta warga Malaysia menghadapi masalah tinggi kolesterol ini. Adakah anda salah seorang daripada 6 Juta orang tersebut? Anggaran bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi (rujuk di National Health and Morbidity Survey,2011).


Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah akan menyumbang kepada masalah kesihatan yang lebih kronik. Kolesterol tinggi boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak mengira peringkat umur. Untuk jangka masa yang lebih lama penghidap kolesterol tinggi boleh mengakibatkan kesan negatif kepada kesihatan jantung dan kardiovaskular. 

Namun apa yang lebih merisaukan ialah ramai individu yang masih tidak sedar bahawa mereka menghadapi masalah kolesterol tinggi tidak menyedari mereka telah mendapat masalah kesihatan ini disebabkan tiada pengetahuan tentang pemakanan berkhasiat dan tidak pernah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Bila ditimpa penyakit baru mereka menyedarinya.

Apakah Punca atau Penyebab Utama Terjadinya Tinggi Kolesterol? 
Punca utama kolesterol tinggi di kalangan rakyat Malaysia adalah disebabkan faktor makanan yang di makan oleh rakyat di negara ini mempunyai lemak dan kalori yang tinggi. Untuk pengetahuan anda, mengikut Persatuan Jantung Amerika telah mengesyorkan bahawa pengambilan kolesterol yang harus diambil oleh kita adalah tidak melebihi 300mg sehari. Bagi mereka yang telah menghidap penyakit jantung pula hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari.

jumlah koleterol dalam makanan

Dapatkah anda bayangkan berapa jumlah kolesterol yang telah anda ambil melalui menu makanan harian rakyat Malaysia ini?

kiraan kasar sarapan pagi , 2 keping roti canai = 350mg kolesterol
menu makan tengahari, mee goreng                 = 376mg kolesterol
menu makan malam, tomyam                          = 353mg kolesterol
jumlah sehari pengambilan tanpa anda sedari   = 1079mg kolesterol sehari

tanpa anda sedari anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil sebanyak 1079mg kolesterol, itu telah melebihi tiga kali ganda pengambilan harian kolesterol yang disyorkan!

selain itu merokok, minuman keras dan tekanan juga menjadi faktor yang menyebabkan anda menghidap kolesterol tinggi.


Risiko Penyakit Yang Anda Bakal Alami Jika Mempunyai Kolesterol Tinggi
  • Serangan sakit jantung meningkat sebanyak 15.6%, sakit jantung merupakan pembunuh no.1 di dunia.
  • Serangan angin ahmar juga meningkat sebanyak 11% dan sakit angin ahmar pula pembunuh no.4 mengikut ranking.
  • Risiko yang lebih tinggi untuk mendapat tekanan darah tinggi.
  • Penyakit hati seperti hati berlemak.
  • Ketidakseimbangan hormon yang boleh menjejaskan fungsi seksual.

cara turunkan kolesterol

Atasi Masalah Kolesterol Tinggi Dengan Fitosterol dalam kandungan Phtytocol-ST Shaklee
Phytocol-ST Shaklee mengandungi Fitosterol yang akan membantu menyerap dan menyingkirkan kolesterol secara semulajadi. Apabila anda mengambil Fitosterol yang lebih banyak maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang anda untuk menurunkan paras kolesterol LDL. 


LDL adalah lebih dikenali sebagai kolesterol "jahat" yang kita tidak mahukannya. Anda hanya memerlukan kolesterol HDL iaitu kolesterol yang baik kerana ia sangat membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan dalam erti kata lain HDL berperanan untuk membersihkan salur darah.

Kesimpulannya kini terdapat cara yang mudah untuk membantu anda menurunkan kolesterol secara semulajadi dengan Phytocol-ST Shaklee yang menyediakan kandungan Fitosterol mencukupi untuk keperluan tubuh anda. Anda perlu mengambil 2000mg Fitosterol sehari dalam diet harian anda mengikut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) bagi membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.

makanan untuk dapatkan fitosterol


Merujuk gambar di atas anda tidak mungkin mampu untuk makan 200 batang lobak merah sehari atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato sehari untuk mendapatkan 2000mg Fitosterol bagi keperluan tubuh yang disyorkan.

Jadi bertindaklah hari ini secara semulajadi untuk menurunkan kolesterol tinggi dengan Shaklee,


Cara pengambilan Phytocol-ST Shaklee untuk menurunkan kolesterol ialah dua biji tablet dan dua kali sehari sebelum makan.

Harga sebotol bagi Phytocol-ST Shaklee ialah RM197 dan mengandungi 120 tablet. Nilai wang yang anda laburkan tidak ternilai dengan kesihatan yang anda nikmati.

Anda boleh membuat tempahan pembelian Phytocol-ST Shaklee di sini ----> Order Phytocol-ST Sekarang! kos penghantaran sebanyak RM10 bagi Semenanjung dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak.

Untuk penghantaran melalui COD sekitar lembah kelang juga boleh dihantar oleh saya.

Hubungi info lanjut/ konsultasi percuma mengenai kesihatan anda!

Sms / Whatsapp ke 012-9760024
Nor Hayati Ramli
Id Shaklee : 869654




No comments: